arena

Chelsea tak boleh lakukan kesilapan

Reuters

LONDON: Chelsea perlu bertahan bermati-matian dan memanfaat sebaiknya peluang berpunca serangan balas di Barcelona jika berhasrat untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, kata pemain tengah, Willian.

Barcelona dilabel pilihan untuk mara selepas mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi pertama perlawanan peringkat 16 terakhir di Stamford Bridge, bulan lalu.

Willian yang meledak gol pada babak kedua sebelum ia disamakan pada minit ke-75 oleh Lionel Messi di London berkata Chelsea perlu melakukan “kerja yang sempurna” menentang pendahulu La Liga itu di Nou Camp.

“Kami tahu yang gelanggang di sini adalah besar dan kami perlu kekal bersatu dan cuba sekeras yang mungkin untuk tidak melepaskan gol dan melakukan serangan balas,” kata Willian kepada laman web kelab itu (www.chelseafc.com).

Dengan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata bergelut dengan masalah prestasi dan kecergasan pada babak kedua kempen musim ini, Chelsea terpaksa mengharapkan Willian bagi memburu gol.

Pemain kelahiran Brazil itu membuktikan ketajamannya apabila meledak lima kali dalam lima perlawanan dalam semua kejohanan bersama Chelsea.

“Saya gembira dengan prestasi saya dan saya gembira dengan jaringan yang sya lakukan. Tetapi saya mahukannnya lagi, sama seperti pasukan.

“Kami menghormati Barcelona, mereka memiliki pemain-pemain yang hebat dan kelab yang besar... kami mahu melakukan kerja yang sempurna untuk melangkah ke pusingan berikutnya.”

Chelsea mengokat Barcelona 2-2 di Nou Camp pada 2012 sekali gus menyingkirkan lawan yang penyandang juara ketika itu dengan keputusan agregat 3-2 dan melangkah ke final. 

Mereka kemudian menewaskan Bayern Munich menerusi penalti untuk menjadi juara.

Disiarkan pada: March 14, 2018 @ 2:16pm
d