arena

Arsenal, Atletico elak tembung awal

PASUKAN pilihan Liga Europa, Arsenal dan Atletico Madrid mengelak daripada bertembung sesama sendiri dalam undian suku akhir sebentar tadi, dengan pasukan England itu berdepan CSKA Moscow, manakala pasukan Sepanyol diletakkan bertemu Sporting.

Skuad Bundesliga, RB Leipzig pula diundi bertemu Olympique Marseille dan Lazio, satu-satunya pasukan Serie A yang terselamat, akan berdepan Salzburg, pasukan yang melakukan kejutan mara ke kelompok lapan pasukan terakhir. 

Juara Austria itu tidak tewas dalam 12 perlawanan musim ini dan mengetepikan Borussia Dortmund pada pusingan sebelum ini.

Tidak seperti Liga Juara-Juara yang didominasi kelab elit, Liga Europa lebih sukar diramal dan undian sebentar tadi menampilkan pasukan dari lapan negara berbeza. 

Skuad London itu (Arsenal) yang mengetepikan AC Milan pada pusingan sebelum ini, tampak lega apabila berdepan skuad Russia berbanding Atletico, yang menang kejohanan itu pada 2009 dan 2012. 

Pertembungan antara Leipzig, keenam dalam Bundesliga dan Marseille, ketiga dalam Ligue 1, tidak dinafikan antara paling seimbang.

“Leipzig adalah pasukan yang bermain bagus, pasukan bercorak serangan dan ada banyak idea dalam permainan,” kata pengarah Marseille, Andoni Zubizarreta. 

“Kami juga bermain gaya yang sama dan akan cuba menyukarkan mereka. Kami gembira berada di sini sebagai pasukan terakhir perancis di Eopah musim ini.” - REUTERS

Disiarkan pada: March 16, 2018 @ 9:49pm
d