arena

Chiellini terlepas aksi persahabatan

PERTAHANAN Giorgio Chiellini menarik diri daripada sesi latihan Itali menjelang aksi persahabatan antarabangsa minggu ini kerana kekejangan paha, menurut kelabnya Juventus semalam.

Azzurri bertemu Argentina di Manchester awal pagi Sabtu ini dan England di Wembley empat hari kemudian di bawah kendalian jurulatih sementara Luigi Di Biagio, yang menggantikan Gian Piero Ventura November lalu selepas Itali gagal melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Chiellini yang berusia 33 tahun dan beraksi 96 kali bersama Itali, mengalami kecederaan itu ketika Juve seri 0-0 dengan SPAL, Sabtu lalu. Kelab Turin itu menyatakan tahap kecederaan itu akan dinilai dalam tempoh dua hari.

Perlawanan berikut Juve menentang AC Milan pada 31 Mac ini diikuti suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada 3 April depan. - Reuters

Disiarkan pada: March 20, 2018 @ 10:02am
d