arena

Yaya Toure gagal dikesan

PERSEKUTUAN Bolasepak Ivory Coast (FIF) menyatakan mereka ‘tidak mendapat berita’ mengenai bintang tengah Yaya Toure, yang tidak hadir pada sesi latihan di Perancis bagi aksi persahabatan antarabangsa.

Pemain Manchester City berusia 34 tahun itu keluar daripada persaraan di peringkat antarabangsa Disember lalu dan dinamakan dalam skuad Ivory Coast oleh jurulatih sementara Ibrahima Kamara.

Pemain Terbaik Tahunan Afrika empat kali itu asalnya bersara daripada tugasan antarabangsa selepas meraih 100 penampilan sejurus memenangi Piala Negara Afrika 2015.

“Staf teknikal tidak tahu menahu mengenai Yaya Toure,” menurut FIF pada sesi latihan pasukan di Beauvais, utara Paris.

Ivory Coast, yang gagal layak ke Piala Dunia, bermain aksi persahabatan di Perancis menentang Togo Sabtu ini dan Moldova tiga hari kemudian. - AFP

Disiarkan pada: March 21, 2018 @ 7:15am
d