arena

'Wilshere cedera lagi'

Oleh Reuters

LONDON: Pemain tengah Arsenal Jack Wilshere bakal terlepas aksi persahabatan England bertemu Itali di Wembley awal pagi Rabu ini kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut, menurut Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Pemain 26 tahun itu, yang menerima panggilan skuad kebangsaan England buat pertama kali sejak tahun 2016, turut terlepas beraksi dalam kemenangan 1-0 ke atas Belanda akibat masalah berkenaan.

“Jack Wilshere tidak akan diturunkan bertemu Itali dan kini sudah menarik diri daripada kumpulan,” kata persatuan itu menerusi laman Twitter.

Pertahanan Liverpool, Joe Gomez, yang terpaksa dikeluarkan selepas 10 minit beraksi menentang Belanda akibat kecederaan buku lali, akan kekal bersama skuad England untuk penilaian lanjut.

England membuka kempen Kumpulan C Piala Dunia di Russia dengan menentang Tunisia pada 18 Jun sebelum berdepan Panama dan Belgium.

Disiarkan pada: March 25, 2018 @ 7:47am
d