arena

Azlan duduki tangga ke-16

Oleh Sukhairi Thani

PELUMBA negara, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Buriram di tangga ke-16, hari ini.

Azlan Shah yang menggantikan pelumba pasukan Kawasaki Puccetti Racing, Kenan Sofuoglu dalam kelas Supersport itu ketinggalan 31.540 saat kepada Randy Krummenacher dari Switzerland yang mengungguli perlumbaan itu dengan masa 27 minit 49.852 saat.

“Bukan satu keputusan yang bagus tetapi semua ini pengalaman baharu buat saya,” kata Azlan menerusi laman Facebook miliknya.

“Banyak yang perlu dipelajari lagi termasuk daripada sudut suspensi, tayar, enjin, kotak gear dan  karakter motosikal itu sendiri.

“Apapun, saya gembira kerana dapat menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 dan saya tidak akan mengalah.”

Azlan memulakan perlumbaan dari petak ke-17 di barisan keenam bersama dua lagi pelumba Ayrton Badovini (V Agusta Reparto Corse by Vamag) dan Niki Tuulu (CIA Landlord Insurance Honda).

Rakan sepasukannya, Hikari Okubo dari Jepun pula menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19.

Disiarkan pada: March 25, 2018 @ 8:25pm
d