arena

Tuchel dilapor ganti Le Professeur

Oleh Eurosport

BEKAS pengendali Borussia Dortmund Thomas Tuchel akan menggantikan Arsene Wenger selaku pengurus Arsenal pada musim panas ini, menurut beberapa laporan di Jerman.

Tuchel dilihat seperti akan menyertai Bayern Munich tetapi Sport Bild melaporkan dia menolak peluang menggantikan Jupp Heynckes kerana lebih berminat untuk menimba pengalaman di luar negara.

Kicker mendedahkan destinasi terbarunya adalah Arsenal dengan menambah pengendali berusia 44 tahun itu dikatakan sudah bersetuju dengan perjanjian untuk melangkah masuk ke Emirates dan menamatkan pengurusan Wenger selama 22 tahun di utara London.

Tuchel membawa Dortmund menjulang Piala Jerman pada 2017 tetapi diketepikan tiga hari kemudian selepas berbalah dengan ketua eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke.

Disiarkan pada: March 26, 2018 @ 9:42pm
d