arena

28,000 tiket untuk JDT

Oleh Asrol Awang

PERSATUAN Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) memperuntukkan 28,000 tiket bagi suku akhir pertama Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.

Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf berkata, penyokong Pahang boleh mendapatkan tiket itu yang akan dijual selama dua hari bermula esok.

Katanya, sebanyak empat tiket dihadkan setiap seorang dengan kaunter mula dibuka jam 2 petang hingga 6.30 petang esok dan 9 pagi hingga 12 tengah hari, Jumaat ni.

“Dengan pembukaan kaunter jualan tiket sehari lebih awal sebelum perlawanan, ia diharap memudahkan peminat untuk mendapatkan tiket.

“Harga tiket membabitkan aksi suku akhir pertama Piala FA adalah RM23 untuk grandstand, RM13 (berbumbung) dan RM10 (terbuka). PBNP turut menyediakan kaunter jualan tiket khas untuk golongan wanita,” katanya di sini, hari ini.

Bagi keselesaan kepada penyokong, beliau meminta semua peminat tiba lebih awal kerana pintu masuk stadium mula dibuka jam 6 petang.

Disiarkan pada: April 4, 2018 @ 9:02pm
d