arena

Pochettino membara pacu Spurs

Oleh AFP

LONDON: Mauricio Pochettino bimbang untuk membawa Tottenham Hotspur fokus menjelang kunjungan ke Stoke City esok tetapi tiada keraguan selepas kemenangan minggu lalu berdepan Chelsea, mencetuskan perdebatan mengenai masa depan kelab itu.

Kemenangan pertama di Stamford Bridge dalam 28 tahun bermakna kelab utara London itu yang kini menduduki tangga keempat liga, melebarkan jurang lapan mata berbanding kelab bimbingan Antonio Conte di tangga kelima.

Berbaki tujuh perlawanan musim ini, tempat di Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut sudah hampir terjamin manakala Manchester United akan menjadi penghalang skuad Pochettino dan tempat ke final Piala FA.

Kemenangan dalam kejohanan itu bermakna pengurus itu boleh menambah koleksi trofi dalam senarai pencapaiannya sejak memegang jawatan pengurus.

Dengan kelab itu dijangka akan kembali membina White Hart Lane musim depan, cabaran utama ialah terus meningkat sejak empat tahun lalu.

“Ini adalah liga paling kompetitif di dunia dan ada banyak pasukan hebat tetapi kami sudah mengurangkan jurang dengan mereka,” kata kapten Spurs, Hugo Lloris.

“Kini kami sudah bersedia untuk bersaing dengan mereka dan kami mesti mengekalkannya, kerana Tottenham perlu kekal di tahap ini.

“Jelas, dengan stadium baharu, sesuatu yang besar menanti kami dan kami tidak nampak masa depan ini tanpa Liga Juara-Juara.

“Jadi menang di Chelsea adalah jawapan yang bagus, jawapan kolektif, dan kami akan terus bekerja keras dengan pengurus yang kami ada.”

Disiarkan pada: April 6, 2018 @ 12:59pm
d