arena

Jun Hao atau June Wei?

Oleh Helmi Talkah

DUA perseorangan lelaki muda negara, Leong Jun Hao dan Cheam June Wei membuktikan Malaysia sebenarnya tidak ketandusan pemain berbakat untuk muncul jaguh dunia.

Ia kerana kedua-dua pemain itu akan membuat perhitungan antara satu sama lain pada aksi final Terbuka Finland, esok.

Terdahulu, Jun Hao yang juga juara remaja Asia 2017, mara ke final selepas menyingkirkan pemain Indonesia, Hermansah 21-13, 21-19 manakala June Wei menundukkan Eetu Heino dari Finland 21-9, 21-15 malam tadi.

Kejayaan mereka ke final sudah pasti memeningkan kepala ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek bagi menyenaraikan pemain keempat dalam skuad Piala Thomas 2018 di Bangkok, bulan depan.

“Saya memang mahu menghasilkan keputusan positif di sini dan kerja keras saya dalam kejohanan ini membuahkan hasil. Esok saya akan bertemu June Wei, kami menjalani latihan setiap hari bersama dan sudah tahu permainan masing-masing.

“Apa pun saya akan buat persiapan dan berikan aksi terbaik pada final esok,” kata Jun Hao yang layak ke final keduanya pada kejohanan peringkat senior selepas Masters Thailand, Januari lalu.

Ini juga adalah final kedua June Wei tahun ini selepas Cabaran Antarabangsa Austria, Februari lalu.

Disiarkan pada: April 8, 2018 @ 12:30am
d