arena

Badang wanita 'lesu'

Oleh Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid\

 

ATLET angkat berat wanita terus gagal memberi saingan di pentas Sukan Komanwel 2018 apabila atlet tunggal negara yang bertanding hari ini gagal menempatkan diri dalam kedudukan podium.

Jabriella Teo Samuel  yang bertanding dalam kategori 75kg wanita menduduki tangga kelapan dalam acara yang diadakan di Carrara Sports and Leisure Centre.

Atlet berusia 19 tahun itu melakukan angkatan 81kg dalam acara snatch, 103 kg menerusi clean dan jerk untuk mengumpul 184kg keseluruhan.

Emas menjadi milik atlet England Emily Godley, diikuti Marie-Eve Beauchemin-Nadeau dari Kanada dan Laura Hughes dari Wales.

   

Disiarkan pada: April 8, 2018 @ 8:25pm
d