arena

Kata berapi Klopp bakar Reds

Oleh Agensi

LONDON: Pemain Liverpool mendedahkan ‘kata-kata berapi’ pengurus Jurgen Klopp di bilik persalinan mencetus reaksi menakjubkan pada babak kedua menentang Manchester City dalam kempen Liga Juara-Juara, semalam.

Bercakap dengan nada penuh bersemangat, Klopp menuntut pemainnya untuk terus menggunapakai rancangan permainannya dengan The Reds ketika itu sedang ketinggalan 1-0.

Pengendali dari Jerman itu juga menegaskan skuad kendaliannya akan terus bernyawa atau mati dengan menggunakan corak permainannya.

“Dia mempunyai ‘api’ di dalam dirinya untuk memotivasikan diri kamu dan itulah yang dia lakukan pada rehat separuh masa,” kata Alex Oxlade-Chamberlain.

“Dia menenangkan kami semua dan memberikan kami sedikit pendikit roket semangat dan berkata, ‘Tidak kira apa yang kita lakukan sekarang, jika kita mara, kita keluar, kita akan tetap melakukan dengan cara kita’ dan saya fikir kami melakukan lebih baik pada babak kedua.

“Pujian kepadanya dan kepada keseluruhan staf kejurulatihan yang lain.

“Kami hanya berkata yang kami perlu mendapatkan cengkaman dan cuba mengawal permainan kerana kami masih berada di posisi yang kuat dan mendahului serta kami perlu bermain dengan lebih baik daripada babak pertama.

“Kami berkata apa juga yang kami lakukan kami akan lakukan dengan cara kami.”

Pertahanan The Reds, Dejan Lovren turut mengatakan perkara yang sama sambil menegaskan dia dan rakan sepasukan memerlukan kata-kata semangat untuk menyedarkan mereka ketika itu.

“Sejujur-jujurnya, saya menjerit sedikit pada babak kedua,” kata pemain kelahiran Croatia itu.

Disiarkan pada: April 12, 2018 @ 1:24pm
d