arena

Siapa ke final Liga Europa?

Oleh Reuters

NYON, Switzerland: Pasukan pilihan, Atletico Madrid akan berdepan Arsenal dalam separuh akhir Liga Europa dengan Olympique de Marseille akan bertemu pasukan Austria, Salzburg selepas undian di ibu pejabat UEFA, sebentar tadi .

Atletico menyasarkan untuk mara ke kejohanan Eropah ketiga dalam empat tahun selepas bergelar naib juara Liga Juara-Juara pada musim 2013-14 dan 2015-16.

Arsenal bukan saja berharap menang trofi Eropah buat kali pertama sejak 1994, namun menyedari harapan terbaik mereka layak ke Liga Juara-Juara musim depan bergantung kepada menjuarai Liga Europa di bandar Perancis, Lyon bulan depan.

Skuad Gunners kini berkedudukan keenam Liga Perdana dengan hanya ada harapan tipis untuk menamatkan saingan di kelompok empat terbaik dan mengambil satu daripada tempat ke Liga Juara-Juara.

Salzburg yang menjaringkan tiga gol dalam tempoh lima minit awal pagi Jumaat lalu untuk menewaskan Lazio 6-5 secara agregat dan menjadi pasukan Austria pertama mara ke separuh akhir sejak 1996, pasti akan meraikannya jika layak ke final.

Pendahulu Liga Austria itu menewaskan Marseille 1-0 di laman sendiri dalam saingan peringkat kumpulan dan seri 0-0 di Perancis.

Arsenal dan Marseille akan menjadi tuan rumah peringkat pertama separuh akhir Liga Europa dan peringkat kedua berlangsung pada 3 Mei.

Disiarkan pada: April 13, 2018 @ 7:53pm
d