arena

Mueller bawa Bayern ke final

Oleh AFP

BERLIN: Thomas Mueller menyinar ketika Bayern Munich membenam Bayer Leverkusen 6-2 bagi menempah tiket ke final Piala Jerman dan memastikan impian kejuaraan ketiga mereka terus menyala.

Leverkusen berada di kedudukan ketiga Bundesliga tetapi mengekori Bayern yang mendahului dengan perbezaan 24 mata.

Perbezaan itu mempamerkan persembahan mereka pada pusingan separuh akhir, semalam.

“Kami sangat efektif dan pasukan bekerja dengan sangat baik bersama,” kata Mueller.

“Kami memang berhak, persembahan pasukan adalah bagus.

“Sudah tentu kami mahu lebih (gelaran), kami dapat rasakan yang sesuatu mungkin dapat diperoleh musim ini,” katanya mengenai Bayern yang memburu gelaran Piala Jerman kali ke-19 dalam sejarah kelab itu.

Kapten Bayer, Lars Bender memberi harapan dengan membuat tandukan pada minit ke-16 sementara penyerang Bayern, Robert Lewandowski menjaringkan dua gol, menjadikan keseluruhan 36 gol dalam 40 perlawanan musim ini, dalam perlawanan di Bay Arena di Leverkusen.

Mueller yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan menjaringkan tiga gol iaitu pada minit ke-52, 64, 78 sementara Thiago Alcantara menjaringkan satu lagi pada minit ke-61.

Bayern menambah satu lagi jaringan menerusi Leon Bailey pada minit ke-72.

Bayern akan bertemu sama ada Schalke atau  Eintracht Frankfurt, yang akan bertanding awal malam esok, untuk ke mara ke final yang akan diadakan di Berlin pada 19 Mei.

“Kami berpuas hati dapat ke Berlin,” kata penjaga gol Bayern, Sven Ulreich.

Disiarkan pada: April 18, 2018 @ 12:30pm
d