arena

Penyokong Reds bayar lebih berbanding Chelsea

Oleh Independent

PENYOKONG Liverpool perlu membayar sebanyak £73 (RM403) untuk mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara Juara (UCL) menentang Roma di Itali, bulan depan.

Sebanyak 5,000 tiket boleh didapati oleh penyokong bertandang ke gelanggang lawan menjelang perlawanan 2 Mei yang akan berlangsung Stadium Olimpik Rome.

Harga pada paras £73 (RM403) itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding £44.50 (RM246) dibayar penyokong Chelsea ketika skuad itu beraksi di peringkat kumpulan di tempat lawan di Roma.

Tiket boleh diperolehi menerusi atas talian bagi pemegang tiket perlawanan musim Liverpool, ahli rasmi dan pemegang FanCard berdasarkan kehadiran mereka pada perlawanan peringkat Eropah di tempat lawan.

Buat peminat yang hadir menyaksikan satu atau dua perlawanan Liverpool pada saingan Eropah musim ini, tiket akan mula dijual atas talian bermula 1 tengah hari, Jumaat, 20 April sehingga jam 7 pagi, Isnin, 23 April.

Sebelum kunjungan ke Rome, Liverpool akan menanti lawan kelab dari Itali itu di Anfield pada 24 April.

Ia aksi separuh akhir pertama buat kelab Merseyside itu di UCL sejak 2008.

Disiarkan pada: April 19, 2018 @ 12:26pm
d