arena

Guardiola idam rekod Chelsea

Oleh AFP

MANCHESTER: Pep Guardiola berpendapat, pemburuan rekod kutipan mata Liga Perdana Inggeris adalah cara terbaik untuk Manchester City kendaliannya mengekalkan fokus pada baki lima perlawanan terakhir musim ini.

City melayan kunjungan Swansea esok, selepas mengesahkan kejuaraan liga Inggeris pertama buat Guardiola hujung minggu lalu apabila menang ke atas Tottenham Hotspur dan pesaing terdekan, Manchester United dikejutkan oleh kelab tercorot West Bromwich Albion.

Pengendali itu bagaimanapun bimbang prestasi anak buahnya akan merosot apabila misi sudah selesai dan hanya bermain untuk maruah pasukan.

Sebab itu dia berpendapat, memburu rekod 95 mata semusim dicatat Chelsea pada 2004/2005 adalah sasaran bermakna buat City yang kini sudah mengumpul 87 mata.

“Sebelum ini saya menang liga di Barcelona dan Bayern Munich dengan lima, enam, tujuh perlawanan berbaki, dan keputusan baki perlawanan tidak baik,” kata Guardiola.

“Kami cuba beritahu pemain-pemain, ‘Ayuh, terus berjuang’, tetapi kami tidak mampu lakukannya.

“Perlu ada sasara. Apabila sasran awal untuk gelaran sudah dicapai, apa lagi sebab untuk berjuang? Jaringkan sebanyak mungkin gol, dapatkan seberapa banyak kemenangna dan mata. Ia fokus yang bagus,”

Disiarkan pada: April 21, 2018 @ 4:30pm
d