arena

Jin Wei tekad balas dendam

Oleh Ferzalfie Fauzi

SELEPAS tersungkur dua kali di tangan Busanan Ongbamrungphan, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berharap senario sama tidak berulang apabila melayan pemain Thailand itu pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China Selasa ini.

Menurut pemain berusia 18 tahun itu, dia sangat menantikan pertemuan menentang perseorangan keempat negara jiran itu dan berharap tuah memihak kepadanya kali ini.

“Pusingan pertama saya akan bertemu Busanan dan memang saya tidak pernah mencatat kemenangan ke atasnya sebelum ini (dalam dua pertemuan), jadi saya harap mampu memberikan aksi terbaik dan mara ke pusingan seterusnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kali pertama kedua-dua pemain itu bertemu pada final Indonesia Masters 2016, yang menyaksikan Busanan berjaya mencatat kemenangan 21-15, 21-13 manakala pertemuan kedua di separuh akhir Terbuka Thailand dan sekali lagi ia memihak kepada pemain ranking ke-24 dunia itu 22-20, 21-13.

“Semua persiapan saya berjalan lancar dan ini peluang untuk membuktikan saya berhak berada dalam skuad Piala Uber,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Jika berjaya melepasi pusingan pertama itu, juara remaja dunia 2015 berkenaan akan menentang pemenang antara Sayaka Sato dari Jepun dan Sung Jing Hyun (Korea Selatan).

Dalam kejohanan sama tahun lalu, perjalanan Jin Wei terkandas pada pusingan pertama apabila tumpas kepada pemain Jepun, Akane Yamaguchi 17-21, 18-21.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Soniia Cheah akan menentang pemain Korea Selatan, Kim Hyo Min.

Disiarkan pada: April 22, 2018 @ 4:30pm
d