arena

Ricciardo pamer kemampuan

Oleh Reuters

BAKU: Daniel Ricciardo mengatasi pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen apabila merakam masa terpantas pada sesi ujian bebas kedua menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Azerbaijan, hujung minggu ini.

Pemandu Australia itu mencatat masa terbaik sepusingan dengan catatan satu minit 42.795 saat sekali gus mengatasi Raikkonen yang ketinggalan dengan 0.069s.

Rakan sepasukan Ricciardo di Red Bull, Max Verstappen mencatat masa ketiga terpantas apabila ketinggalan 0.116s.

Ricciardo yang memenangi perlumbaan di Litar Baku musim lalu turut menjuarai GP China awal bulan ini.

Keputusan diraih Verstappen disifatkan kebangkitan daripada pemandu itu selepas terbabit dengan kemalangan ketika sesi ujian bebas pertama.

Sementara itu, Valtteri Bottas yang muncul pemandu terpantas pada sesi ujian pertama sekadar menamatkan ujian kedua di tempat keempat di depan pemandu Mercedes yang juga juara dunia empat kali, Lewis Hamilton dan juara dunia dua kali, Fernando Alonso dari McLaren.

Esteban Ocon dari Force India mencatat masa ketujuh terpantas mengatasi Carlos Sainz dari Renault, Kevin Magnussen (Haas) dan Nico Hulkenberg (Renault).

Disiarkan pada: April 28, 2018 @ 2:55am
d