arena

Aku mahu pulang!!!

Oleh AFP

MILAN: Penyerang Itali, Mario Balotelli berkata dia mahu kembali bermain di negara kelahirannya selepas dua tahun beraksi bersama kelab Perancis, Nice.

Balotelli sudah menjaringkan 39 gol sejak menyertai kelab Ligue 1 itu menerusi perpindahan secara percuma pada Ogos 2016 berikutan persembahan hambar di Liverpool dan AC Milan.

“Saya gembira untuk kembali ke Itali,” kata pemain berusia 27 tahun itu kepada Calciomercato.com.

“Ada banyak pasukan mengikuti perkembangan saya, tetapi saya boleh katakan yang AC Milan bukan salah satu daripadanya. Tiada sebarang peluang saya kembali ke Rossoneri.

“Nice? Saya sudah hampir pasti tidak akan kekal, sekali pun jika saya belum mengetahuinya dengan tepat. Paling utama, ini mungkin musim terakhir saya di sini dan ia adalah tempoh terbaik saya di Perancis.”

Kontrak Balotelli, yang sudah menjaringkan 15 gol musim ini di Ligue 1 akan berakhir pada musim panas ini dan dia dikaitkan dengan kepulangan ke Itali dan England.

Balotelli memulakan kerjayanya bersama kelab kerdil, Lumezzane sebelum berpindah ke Inter Milan ketika masih remaja.

Dia menjadi sebahagian daripada skuad Inter yang dibimbing Jose Mourinho berjaya memenangi Liga Juara-Juara pada 2010 selain turut memenangi gelaran Serie A sebelum menyertai Manchester City.

Di City, penyerang penuh kontroversi itu membantu kelab itu menjuarai Liga Perdana Inggeris sebelum mengharungi tempoh yang sukar di Milan dan Itali sebelum ke Nice.

 

 

Disiarkan pada: May 1, 2018 @ 2:14am
d