arena

Salah Pemain Terbaik FWA

 

LONDON: Mohamed Salah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Sukan Bola Sepak (FWA) bagi tahun 2017/2018 selepas meledak 43 gol setakat ini pada musim pertamanya bersama Liverpool.

Pemain antarabangsa Mesir itu mendominasi undian yang dijalankan 400 anggota FWA, mengatasi pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne, dengan jurang hanya kurang 20 undi. 

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane mendapat undian ketiga tertinggi.

Salah yang menandatangani kontrak dengan Liverpool daripada AS Roma pada musim panas lalu dan De Bruyne yang membantu City merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini mengumpul lebih 90 peratus undian daripada wartawan.

Salah sudah menjaringkan 43 gol dalam 48 penampilan dalam semua kejohanan musim ini dan membantu Liverpool yang kini berpeluang cerah untuk melangkah ke final Liga Juara-Juara.

Liverpool ketika ini mendahului Roma 5-2 hasil kemenangan dalam aksi separuh akhir pertama minggu lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu yang turut dinobatkan Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris, bulan lalu.

Salah menjadi pemain dari benua Afrika yang memenangi anugerah daripada FWA sejak 1948. - AFP

Disiarkan pada: May 1, 2018 @ 8:15pm
d