arena

Serena demam, tarik diri Terbuka Madrid

Oleh AFP

SERENA Williams menarik diri daripada kejohanan WTA Madrid kerana demam panas, umum penganjur hari ini.

“Malangnya saya terpaksa menarik diri daripada kejohanan Madrid kerana demam dan saya tidak berasa 100 peratus cergas,” menurut Serena dalam laman web rasmi Terbuka Madrid.

Pemain berusia 36 tahun pemenang 23 gelaran Grand Slam itu membuat keputusan sejurus sebelum undian utama dijalankan.

Bintang tenis itu melakukan kemunculan semula selepas melahirkan anak pada Mac lalu di Indian Wells dan Miami namun mengakui dia bergelut untuk cergas sepenuhnya.

Serena mungkin kembali di Rome dari 13-20 Mei ini menjelang Terbuka Perancis di Paris dari 27 Mei-10 Jun.

Dia menjuarai Terbuka Australia ketika sedang hamil dan kembali Februari lalu di samping kakaknya Venus dalam skuad Piala Fed Amerika Syarikat.

Serena tewas kepada Venus pada pusingan ketiga Indian Wells dan di tangan pemain Jepun, Naomi Osaka di Miami.

Disiarkan pada: May 3, 2018 @ 11:29pm
d