arena

Azim terpilih Timbalan Presiden MOM

Oleh Azlan Muhammad Zain

PENGERUSI Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menjadi orang nombor dua Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebaik berakhir perhimpunan agung tahunan ke-37 sebentar tadi.

Beliau melakar kejutan menewaskan calon pilihan Datuk Megat Zulkarnain Omardin apabila meraih 54 undi, manakala lawannya 43 undi.

Manakala, penyandang Setiausaha Agung MOM Datuk Low Beng Choo tewas tipis dengan perbezaan satu undi.

Pencabarnya, Datuk Mohd Nafizuddin Mohd Najib akan menggantikannya apabila meraih 49 undi.

Naib Presiden pula menyaksikan dua penyandang berjaya mempertahankan jawatan adalah Datuk Paduka Mumtaz Begum Abdul Jaffar dan Datuk Ong Poh Eng.

Manakala, tiga muka baru adalah Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim, Datuk Shamala Subramaniam dan Mahinda Vallipuram.

Ia melengkapkan barisan kepimpinan baru yang diterajui Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagi penggal 2018-2021.

Norza sebelum ini sah menang tanpa bertanding sebagai Presiden MOM selepas tiada pencabar apabila tamat penamaan calon oleh persatuan sukan kebangsaan pada 24 April lalu.

Keputusan Penuh

Pemegang Jawatan dan Ahli Lembaga Eksekutif MOM (2018-2021)

PRESIDEN

Datuk Seri Mohmad Norza Zakaria

TIMBALAN PRESIDEN

Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi

NAIB PRESIDEN

Datuk Paduka Mumtaz Begum Abdul Jaffar

Datuk Ong Poh Eng

Mahinda Vallipuram

Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim

Datuk Shamala Subramaniam

SETIAUSAHA AGUNG

Datuk Mohd Nafizuddin Mohd Najib

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG LELAKI

Chan Foong Keong

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG WANITA

Moira Tan Siew See

BENDAHARI

Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin

PENOLONG BENDAHARI

Datuk Amarjit Singh Gill

Disiarkan pada: May 5, 2018 @ 3:18pm
d