arena

West Brom masih selamat

Oleh Reuters

WEST Bromwich Albion masih boleh bernafas ‘seketika’ daripada berdepan penyingkiran dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas berjaya melakar kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur, malam ini.

 Jake Livermore muncul wira West Brom apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan sekali gus memberi tiga mata berharga buat kelab Midlands itu.

 Dengan baki satu perlawanan, West Brom kini naik ke tangga ke-19 liga dengan 31 mata daripada 37 perlawanan, satu mata di belakang Southampthon dan dua di bezakan dengan Swansea City yang menyaksikan kedua-dua kelab berkenaan mempunyai baki satu perlawanan di tangan menjelang pertarungang terakhir bagi mengelak daripada tersingkir.

 Bekas pemain tengah Tottenham, Livermore menceriakan penyokong di The Hawthorns menerusi jaringannya pada masa kecederaan selepas kedua-dua pasukan terlepas beberapa peluang bagi menjaringkan gol sebelum itu yang menyaksikan perlawanan didominasi oleh pasukan pelawat.

 Penjaga gol tuan rumah, Ben Foster menyelamatkan beberapa percubaan Tottenham manakala West Brom terlepas peluang menerusi tandukan penyerang, Jay Rodriguez selain percubaan Salomo Rondon tersasar.

Disiarkan pada: May 6, 2018 @ 1:06am
d