arena

Huddersfield sentap ego Chelsea

Oleh Reuters

LONDON: Chelsea menerima tamparan hebat dalam usaha memburu tempat ke Liga Juara-Juara apabila diikat kelab bergelut, Huddersfield Town 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Huddersfield, yang memerlukan satu mata untuk mengelak penyingkiran mendahului perlawanan pada minit ke-50 apabila hantaran jauh Aaron Mooy berjaya menemui Laurent Depoitre yang kemudian menewaskan penjaga gol Chelsea, Willy Caballero di dalam kotak penalti.

Ia adalah cubaan ke gawang pertama oleh Huddersfield dengan Chelsea bangkit untuk menyamakan kedudukan 13 minit kemudian apabila cubaan pertahanan pelawat untuk mengeluarkan bola terkena kepala Marcos Alonso sebelum menerjah gawang.

Chelsea meningkat tekanan untuk meraih kemenangan tetapi penjaga gol Huddersfield, Jonas Lossl beraksi dengan baik untuk menafikan cubaan tuan rumah menerusi tandukan Andreas Christensen.

Berbaki satu lagi perlawanan liga musim ini, Huddersfield mengesahkan tempat untuk kekal di EPL ketika Chelsea kekal di tangga kelima liga.

Disiarkan pada: May 10, 2018 @ 6:11am
d