arena

The Reds tambah RM58.8 juta lagi

Oleh Agensi

PERLAWANAN terakhir musim Bundesliga esok pastinya bakal mendapat perhatian penyokong setia Liverpool.

Ketika Bayern Munich sudah pun meraikan kejuaraan mereka, saingan ke Liga Juara-Juara buat beberapa pasukan masih lagi terbuka.

RP Leipzig akan menamatkan kempen mereka musim ini di Hertha Berlin dalam misi menempatkan diri dalam kelompok empat teratas untuk musim kedua berturut-turut.

Jika berjaya, Liverpool dikatakan bakal membayar tambahan £11 juta (RM58.8 juta) untuk pemain tengah Naby Keita.

Reds bersetuju membayar £48 juta (RM256.7 juta) untuk pemain tengah itu musim panas lalu namun bayaran itu dijangka meningkat bergantung kepada kedudukan terakhir Leipzig di liga musim ini.

Jika mereka menamatkan saingan di tangga keenam dan layak ke Liga Europa, Liverpool perlu membayar  £52.75 juta (RM282.2 juta)

Bayaran itu akan meningkat kepada £59 juta (RM315.6 juta) jika berjaya memintas Leverkusen dan Hoffenheim untuk berada di tangga keempat.

Justeru mereka perlu menang di Berlin dan berharap kedua-dua pasukan di depan mereka kecundang. - Agensi

Disiarkan pada: May 12, 2018 @ 10:14pm
d