arena

Kontrak Moyes tak disambung

Oleh AFP

DAVID Moyes meninggalkan West Ham selepas kontrak jangka pendeknya berakhir, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.

Bekas pengurus Everton dan Manchester United berusia 55 tahun itu tiba di Stadium London pada November dengan satu objektif khusus iaitu memastikan West Ham kekal di saingan elit itu yang kemudian berjaya dilaksanakan.

“Saya mahu merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada David Moyes dan juga staf kejurulatihannya kerana berjaya mencapai sasaran mengekalkan West Ham United di EPL,” kata pengerusi bersama kelab, David Sullivan.

“Apabila David dan pasukannya tiba, satu-satunya permintaan daripada kedua-dua pihak ialah hanya fokus kepada enam bulan sebelum musim ini berakhir, di mana satu titik keputusan akan dibuat membabitkan masa depan.

“Selepas menimbang situasi dan menilai bagaimana kempen kali ini dilengkapkan, kami merasakan adalah tindakan yang betul untuk bergerak ke arah yang berlainan.”

Sullivan berkata kelab berkenaan, yang menamatkan saingan di tangga ke-13 EPL menyasarkan pengganti ‘berkaliber tinggi’ dalam tempoh 10 hari.

Disiarkan pada: May 16, 2018 @ 11:06pm
d