arena

Mourinho, Conte sudah 'move on'

Oleh Agensi

JOSE Mourinho mendedahkan dia sudah menamatkan ‘perang’ dengan Jose Mourinho secara bersemuka ketika mereka bertemu di Old Trafford, pada Februari lalu.

Kedua-dua watak utama ini sekali lagi akan bertemu awal pagi Ahad ini ketika Manchester United berdepan Chelsea dalam aksi final Piala FA di Stadium Wembley.

Namun, Mourinho menegaskan, perang mulut dengan Conte sebenarnya dianggap sudah tamat ketika berjabat tangan sebelum perlawanan yang menyaksikan United menang 2-1 pada 25 Februari lalu dan mereka sekali lagi bertemu di pejabatnya di Old Trafford, selepas itu.

Perbalahan itu bermula pada Januari apabila Conte menggelar Mourinho sebagai ‘budak kecil’ dan ‘penipu’ apabila mengaitkan pengurus Chelsea itu dengan kontroversi mengatur perlawanan di Itali.

Ketika menggambarkan detik bersalaman dengan Conte, Maurinho berkata; “Dia menarik tangan, saya juga menarik tangan. Kami bosan.

‘Selepas tamat perlawanan, saya menjemputnya ke pejabat saya. Kami berbual, tiada apa yang pelik. Ia OK,”

Pertembungan final kali ini bakal menyaksikan Mourinho mendapat bantuan buat kali terakhir daripada pembantunya, Rui Faria yang sudah berkhidmat dengannya selepas 17 tahun.

Mourinho mengakui dia tidak merancang untuk mencari pengganti mengisi jawatan nombor 2 itu, sebaliknya berharap diberikan jurulatih atau individu yang pernah bekerja dengannya sebelum ini.

“Mereka adalah individu yang pernah bekerja dengan saya, tetapi saya tidak boleh dedahkan namanya kerana masih terikat dengan kelab lain,” katanya.

'Michael Carrick akan menjadi jurulatih, tetapi saya mahu mendapatkan dua tenaga baharu. Terdapat ramai jurulatih yang bagus.

Menjelang aksi final, peledak utama United, Romelu Lukaku kini bersedia diturunkan dalam aksi di Wembley selepas pulih daripada kecederaan buku lali, dan rakan senegara dri Belgium, Marouane Fellaini juga berharap mampu cergas sepenuhnya daripada masalah otot.

Disiarkan pada: May 18, 2018 @ 12:20pm
d