arena

15 pengurus EPL lepas jawatan

Oleh AFP

LONDON: Keputusan Carlos Carvalhal dan Paul Lambert meninggalkan kelab masing-masing, semalam bermakna Liga Perdana Inggeris (EPL) merekodkan 15 pertukaran pengurus sepanjang musim lalu.

Swansea mengumumkan mereka tidak akan menyambung kontrak Carvalhal, dan Stoke yang turut tersingkir segera mengikuti langkah itu dengan mencapai persetujuan untuk berpisah dengan Lambert.

Ia melengkapkan episod minggu penuh pemecatan pengurus selepas Sam Allardyce (Everton) dan David Moyes (West Ham) ditamatkan kontrak pertengahan minggu ini.

Dengan 10 pertukaran pengurus berlaku sebelum ini dan pengumuman awal Arsene Wenger untuk meninggalkan Arsenal selepas aksi terakhir menentang Huddersfield, ia sekali gus mengatasi rekod musim lalu sebanyak 13 pertukaran.

Berikut senarai pengurus yang meninggalkan tugasan kelab EPL musim 2017/18:

Frank De Boer (Crystal Palace) – Dipecat 11 September 2017

Craig Shakespeare (Leicester) – Dipecat 17 Oktober 2017

Ronald Koeman (Everton) – Dipecat 23 Oktober 2017

Slaven Bilic (West Ham) – Dipecat 6 November 2017

Tony Pulis (West Brom) – Dipecat 20 November 2017

Paul Clement (Swansea) – Dipecat 20 Disember 2017

Mark Hughes (Stoke) – Dipecat 6 Januari 2018

Marco Silva (Watford) – Dipecat 21 Januari 2018

Mauricio Pellegrino (Southampton) – Dipecat 12 Mac 2018

Alan Pardew (West Brom) – Dipecat 2 April 2018

Sam Allardyce (Everton) – Dipecat 16 Mei 2018

David Moyes (West Ham) – Dipecat 16 Mei 2018

Carlos Carvalhal (Swansea) - Meninggalkan kelab 18 Mei 2018

Paul Lambert (Stoke) - Meninggalkan kelab 18 Mei 2018

Arsene Wenger (Arsenal) – Meninggalkan kelab pada akhir musim ini

 

Disiarkan pada: May 19, 2018 @ 2:04am
d