arena

Pereira perkasa Leicester

Oleh Reuters

LONDON: Leicester City menandatangani tonggak pertahanan Portugal, Ricardo Pereira daripada Porto dengan kontrak lima tahun, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain berusia 24 tahun yang turut tersenarai dalam skuad Piala Dunia Portugal itu ditandatangani dengan yuran dipetik media British bernilai kira-kira 22 juta pound (RM177 juta).

Perpindahan itu akan dimuktamadkan selepas mendapat pelepasan antarabangsa pada 9 Jun ini.

Pertahanan kanan itu akan bersatu semula dengan pengurus Leicester, Claude Puel selepas mereka bersama ketika di kelab Perancis, Nice.

“Atmosfera, penyokong dan bola sepak Liga Perdana menjadikan ia terbaik di dunia,” kata Pereira kepada saluran televisyen kelab.

Leicester yang membuat kejutan apabila muncul juara dua tahun lalu bagaimanapun menamatkan kempen musim ini di kedudukan kesembilan.

Disiarkan pada: May 20, 2018 @ 9:38am
d