arena

Kebangkitan si jelita Maria

Oleh AFP

PARIS: Penampilan Maria Sharapova Terbuka Perancis pasti akan melenyapkan semua gosip mengenai bintang tenis jelita Russia itu yang pernah terpalit dengan skandal doping dan gaya hidup selebiritinya.

Maria yang pernah meraih dua daripada lima kejuaraan utamanya di sini pernah ‘dimalukan’ setahun lalu dengan kenyataan bos penganjur Terbuka Perancis yang tidak mengalu-alukan kedatangan Maria di Roland Garros susulan kes dopingnya.

Maria kini sudah menamatkan tempoh penggantungan selama 15 bulan yang dikenakan atas kesalahan doping berkenaan.

Meskipun gagal mengambil bahagian di Kejohanan Wimbledon akibat kecederaan tetapi dia membuat kejutan apabila kembali ke Grand Slam di Terbuka Amerika Syarikat Ogos lalu.

“Di sebalik baju hitam dan kristal Swarovski ini, tersembunyi seorang gadis tamak yang tidak akan ke mana-mana,” kata Maria selepas tunduk di tangan Simona Halep di Terbuka AS yang berlansung di New York ketika itu.

Sejak itu, kedudukan bekas pemain nombor satu dunia itu menjunam ke ranking 173 dunia dan dia mula bangkit untuk meraih jutaan dolar pendapatan menerusi empayar baharu jenama fesyen.

Kini, berkat ketabahannya memulakan karier di Russia sebelum mencapai kemuncak kejayaan di Florida, pemain berusia 31 tahun itu berjaya kembali ke kedudukan ranking 30 dunia dan kembali menjadi pemain pilihan apabila Terbuka Perancis membuka tirainya Ahad ini.

Disiarkan pada: May 22, 2018 @ 10:23am
d