arena

Puig terpaksa lupakan Terbuka Perancis

Oleh AFP

JUARA Olimpik, Monica Puig terpaksa menarik diri dari Terbuka Perancis selepas kecederaan pinggulnya belum pulih sepenuhnya.

Dia membuat pengumuman itu menerusi laman Twitter miliknya, semalam.

Puig, 24, dengan ranking ke-62 dunia mengalami kecederaan itu ketika pusingan kelayakan di Terbuka Rome, minggu lepas.

“Ia menyakitkan saya dan pastinya saya terlepas aksi di Roland Garros buat kali pertama sejak 2010. Saya bekerja keras bersama pasukan untuk merawat kecederaan ini,” katanya.

Pada saingan Terbuka Perancis 2016, Puig mara hingga ke pusingan ketiga manakala pada saingan tahun lalu, dia terkandas di pusingan kedua selepas tewas di tangan Jelena Ostapenko yang muncul juara.

Disiarkan pada: May 24, 2018 @ 7:29am
d