arena

Penyokong Real, Reds banjiri Bangi Square

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

KIRA-kira 500 peminat Real Madrid dan Liverpool membanjiri Bangi Square bagi menyaksikan tayangan skrin gergasi aksi final Liga Juara-Juara membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium NSC Olimpiyskiy, Kiev, Ukraine.

Walaupun sepak mula pada jam 2.45 pagi, penyokong kedua-dua pasukan sudah memenuhi ruang legar Bangi Square seawal jam 12 pagi.

Pastinya ia satu penganjuran yang unik apabila penyokong kedua-dua dapat dikumpulan bersama.

Antara aktiviti yang dapat disaksikan adalah nyanyian lagu pasukan masing-masing dan kibaran bendera pasukan.

Selain itu, tayangan skrin gergasi yanh kali pertama dianjurkan ini juga turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti antaranya permainan PS4, kuiz, cabutan bertuah, timbang bola, permainan bola sepak 3 lawan 3.

Presiden All Reds Malaysia, Muzili Aznor Musa berkata walaupun mengharapkan Liverpool menjuarai pertandingan ini, persaudaraan dan jalinan persahabatan antara kedua-dua penyokong kekal jadi objektif utama.

"Kita mungkin tidak sama pasukan tetapi jalinan hubungan antara penyokong tetap jadi keutamaan," katanya.

Disiarkan pada: May 27, 2018 @ 4:58am
d