arena

Neymar semakin pulih

Oleh AFP

NEYMAR berusaha keras untuk pulih daripada kecederaan kaki yang memaksanya berehat sejak Februari lalu dan akan kembali beraksi di Piala Dunia 2018, kata doktor pasukan Brazil yang menjalankan pembedahan ke atasnya.

“Neymar sedang menjalani pemulihan dengan cara terbaik,” kata Rodrigo Lasmar kepada GloboEsporte, hari ini.

“Dia berusaha keras dengan jangkaan yang dia akan kembali dalam keadaan terbaik sebelum latihan Piala Dunia bermula.”

Neymar yang menjalani pemulihan di sini, berkata pada minggu lalu bahawa dia tidak akan turun ke padang sehingga 17 Mei ini - tarikh ujian perubatan terakhir susulan pembedahan di Belo Horizonte pada 3 Mac lalu.

Ia sekali gus menyaksikan kempen Neymar bersama Paris Saint-Germain (PSG) sudah berakhir dengan Caen menjadi lawan terakhir mereka pada 19 Mei nanti.

Tetapi dia kekal berada pada landasan betul untuk beraksi dalam Piala Dunia di Russia daripada 14 Jun hingga 15 Julai nanti.

Kem latihan pasukan kebangsaan Brazil dijadualkan bermula pada 21 hingga 27 Mei di Teresopolis, namun Lasmar menyatakan keutamaan Neymar adalah untuk mencari kecergasan semula.

“Kami perlu meningkatkan kecergasan fizikalnya kerana ia sudah tentunya menurun. Pemain yang baharu pulih daripada kecederaan berhak mendapat penilaian individu,” kata Lasmar.

Penyerang berusia 26 tahun itu yang juga pemain termahal dunia mengalami keretakan di bahagian kaki kanannya pada 26 Februari lalu sewaktu PSG mengatasi Marseille 3-0.

Disiarkan pada: May 28, 2018 @ 9:15am
d