arena

Maghribi sentap satu gol Slovakia

Oleh Reuters

GENEVA: Ayoub Kaabi dan Younes Belhanda menjaringkan gol dalam tempoh 10 minit di babak kedua bagi membantu Maghribi menewaskan Slovakia 2-1 pada aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia.

Pasukan Afrika Utara itu, yang berada dalam Kumpulan B bersama-sama Sepanyol, Portugal dan Iran pada penampilan pertama di pusingan akhir sejak tahun 1998, menguasai babak pertama dan hampir membuka jaringan apabila percubaan jarak jauh Hakim Ziyech terkena tiang.

Slovakia, yang yang tidak layak beraksi di Russia, mendahului permainan pada minit ke-59 menerusi Jans Gregus yang melepaskan rembatan dari jarak 25 meter.

Namun pemain gantian Kaabi menyamakan kedudukan untuk Maghribi lima minit kemudian dan Belhanda memastikan kemenangan dengan rembatan dari luar kotak penalti.

 

Disiarkan pada: June 5, 2018 @ 6:47am
d