arena

'Mu meme hebak Shahrizan...'

Oleh Izzali Ismail

KEDAH gagal bangkit dari kekecewaan sebelum ini apabila dikejutkan 1-2 oleh Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, di sini, sebentar tadi.

Pada aksi itu, tuan rumah terlebih dahulu berpeluang mencipta gol awal melaui sepakan percuma yang diambil oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ketujuh, namun cubaan terus itu gagal menerjah jaring.

Asakan terus yang dilakukan skuad Helang Merah melalui percubaan leret Syazwan Zainon pada minit ke-14 dari ruang kanan pintu gol Kelantan juga gagal menghasilkan gol apabila berjaya dihalang oleh Shahrizan Ismail.

The Red Warriors (TRW) cuba bangkit selepas itu dengan asakan melalui penyerang baharu, Lazarus Kaimbi namun gagal.

Pada minit ke-20, pemain tempatan Danial Hakim yang melakukan percubaan jarak jauh hampir mengejutkan Kedah, namun Ifwat Akmal lebih bersedia menepis cubaan berbahaya berkenaan.

Tuan rumah akhirnya memecah kebuntuan dengan gol pendahuluan menerusi Paulo Rangel pada minit ke-26. Ia diperolehi hasil dari sepakan penalti Rangel selepas ia djatuhkan oleh pemain pertahanan Kelantan.

Bersambung babak kedua, Rangel hampir mencipta gol kedua Kedah apabila melakukan tandukkan pada minit ke-50, namun Sharizan lagi sekali berjaya menghalangnya.

Kelantan kemudian melakukan kejutan dengan gol pemyamaan melalui Nik Azli Nik Alias pada minit ke-55. Selang tiga minit selepas itu, pelawat berjaya berada di depan gerakan pantas Danial Ashraf Abdullah untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Kedah cuba bangkit melalui serangan bahaya gandingan Rangel, Baddrol dan Halim Saari namun percubaan mereka buntu.

Helang Merah berpeluang menyamakan kedudukan pada saat akhir, apabila mendapat sepakan penalti. Namun ia dipersiakan oleh Sandro Da Silva, apabila sepakannya berjaya ditepis Sharizan untuk keputusan muktamad 1-2 berpihak pelawat.

Disiarkan pada: June 6, 2018 @ 12:47am
d