arena

Gunners ikat Lichtsteiner

Oleh AFP

LONDON: Arsenal mengikat pertahanan kebangsaan Switzerland, Stephan Lichtsteiner dari Juventus semalam, pemain pertama buat pengurus baru Unai Emery di kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain berusia 34 tahun itu tamat kontrak di kelab juara Serie A dan menyertai Gunners secara perpindahan percuma sebelum mengetuai Switzerland pada Piala Dunia di Russia.

Lichtsteiner berpindah ke Juventus pada 2011 dan menang tujuh kejuaraan liga berturut-turut bersama kelab Itali itu.

“Ia satu saat hebat buat saya, selepas Juventus untuk datang ke Arsenal,” kata Lichtsteiner dalam laman web Arsenal.

“Ia projek untuk kembali beraksi ke Liga Juara-Juara, sukar melihat kelab seperti Arsenal tidak bermain dalam Liga Juara-Juara jika anda lihat kepada pemain, kelab dan stadium.

“Objektif utama adalah kembali ke tahap tertinggi.”

“Stephan membawa bersama pengalaman luas dan kualiti kepimpinan dalam skuad kami,” kata Emery, yang menggantikan Arsene Wenger di Emirates.

“Dia pemain dengan kualiti hebat serta sikap positif dan keazaman tinggi. Stephan akan meningkatkan kami dalam dan luar padang.”

Disiarkan pada: June 6, 2018 @ 10:06am
d