arena

Fiorentina sudah menjual Gaspar

Oleh AFP

MILAN: Fiorentina menjual pertahanan kanan Bruno Gaspar ke Sporting Lisbon, umum kelab Serie A itu semalam.

“Fiorentina sudah menjual Bruno Gaspar ke Sporting,” kata kelab Itali itu dalam satu kenyataan ringkas.

Pemain Portugis berusia 25 tahun itu menyertai Fiorentina pada Jun 2017 dari Vitoria Guimaraes menerusi perjanjian lima tahun dan beraksi 17 kali buat kelab Tuscany itu dalam Serie A dan Piala Itali.

Dia memulakan kariernya di kelab gergasi Portugal, Benfica, yang mana dia beraksi dengan pasukan kedua kelab itu dalam divisyen dua Portugal, sebelum menyertai Guimaraes secara pinjaman pada September 2014, kemudian berpindah secara tetap tahun berikutnya.

Disiarkan pada: June 8, 2018 @ 11:08am
d