arena

Chile ikat Poland

Oleh Reuters

REMBATAN tepat daripada kapten pasukan Robert Lewandowski dan pemain tengah Piotr Zielinski ternyata belum mencukupi buat Poland yang bakal beraksi di Piala Dunia untuk menewaskan Chile, yang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk seri 2-2 dalam perlawanan persahabatan di Poznan awal pagi ini.

Poland mendahului jaringan apabila penyerang Bayern Munich Lewandowski berjaya menggegar gawang pada minit ke-30 hasil hantaran tepat daripada pemain Paris St Germain Grzegorz Krychowiak.

Pasukan tuan rumah hampir memastikan kemenangan empat minit kemudian apabila pemain Napoli Zielinski menewaskan penjaga gol Chile Gabriel Arias apabila menyambut bola daripada Kamil Grosicki.

Namun Chile yang gagal ke Piala Dunia dan tidak menurunkan pemain utama mereka, bangkit pada minit ke-39 apabila Diego Valdes  menanduk bola ke gawang susulan kesilapan pertahanan Poland.

Jurulatih Poland Adam Nawalka membuat beberapa pertukaran pada separuh masa dan mereka tampil dengan lebih agresif pada babak kedua dengan dua penyerang di padang ketika pemain Napoli  Arkadiusz Milik digandingkan bersama Lewandowski.

Chile, bagaimanapun menyamakan jaringan pada minit ke-56 menerusi Miiko Albornoz.

Poland memulakan kempen Kumpulan H Piala Dunia di Moscow berdepan Senegal pada 19 Jun.

Disiarkan pada: June 9, 2018 @ 8:20am
d