arena

Iannone tinggalkan Suzuki sertai Aprilia

Oleh Reuters

PELUMBA MotoGP Itali, Andrea Iannone sudah menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan Aprilia, menggantikan pelumba Britain, Scott Redding, lapor pasukan Itali itu, sebentar tadi.

Minggu lalu, Iannone, mengumumkan akan meninggalkan pasukan Suzuki hujung musim ini dan kini bakal bergandingan dengan rakan dari Sepanyol, Aleix Espargaro tahun depan.

“Gandingan Iannone bersama Aprilia akan menjadi sesuatu yang hebat dalam MotoGP dan dia ada potensi menghasilkan keputusan hebat juga,” kata Pengurus Aprillia, Fausto Gresini menerusi kenyataan.

Aprilia adalah pasukan keempat disertai Iannone dalam kancah MotoGP selepas kali pertama mewakili pasukan Pramac Ducati pada 2013.

Dia sebelum ini mewakili pasukan Aprilia bagi kategori 125cc pada 2005 dan 2009.

Disiarkan pada: June 9, 2018 @ 8:21am
d