arena

Usah kecam Pogba: Deschamps

Oleh AFP

JURULATIH Perancis Didier Deschamps mempertahankan pemain tengah sensasi Paul Pogba menjelang aksi pemanas badan terakhir Piala Dunia menentang Amerika Syarikat awal pagi esok.

Bercakap kepada  France Football, Pogba berkata dia tidak mendapat penilaian yang adil apabila diejek penyokong Perancis ketika menang 3-1 ke atas Itali minggu lalu.

Deschamps turut mendakwa banyak yang mampu dilakukan pemain Manchester United itu.

“Orang banyak bercakap mengenai Paul. Dia pemain tengah, bukan nombor 10 atau penyerang,” kata Deschamps hari ini.

“Dia mempunyai kebolehan untuk menjaringkan gol dan membantu jaringan dan dia selalu melakukannya. Dia pemain tengah yang sempurna. Dia boleh lakukan segala-galanya tetapi tidak semuanya boleh dilakukan Paul. Wujud perbezaan di sana.

“Paul mempunyai potensi yang hebat.”

Malah Deschamps berkata Pogba menyedari aksinya menentang Itali tidak mencapai tahap diinginkan.

“Dia menyedarinya. Saya sudah bercakap dengannya, jelas sekali ia bukan perlawanan terbaiknya,” kata jurulatih berkenaan.

“Ada perkara yang buruk, baik, seperti juga semua pemain, dia adalah sebahagian daripada pasukan di mana pasukan memerlukannya tetapi dia mempunyai sedikit kebebasan.”

 

 

Disiarkan pada: June 9, 2018 @ 8:46am
d