arena

Viera sah bimbing Nice

Oleh AFP

SELEPAS lebih 20 tahun, bekas bintang Arsenal dan Perancis, Patrick Vieira, kini kembali ke Ligue 1 untuk mengambil alih tugas di Nice, selepas diumumkan sebagai pengurus.

"Saya sangat senang kembali ke Perancis, yang saya tinggalkan pada usia 19 atau 20 tahun. Kembali ke Ligue 1 secara jujurnya sentiasa menjadi objektif, tetapi saya mahu melakukannya dalam keadaan yang terbaik dan saya fikir itu berlaku," kata Vieira pada sidang media.

Vieira, 41, kembali ke Perancis selepas berkhidmat dengan kelab MLS New York City FC. Dia menandatangani kontrak tiga tahun dan menggantikan Lucien Favre yang berpindah ke Borussia Dortmund.

Nice mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan pemenang Piala Dunia 1998 itu sebagai "monumen bola sepak Perancis", yang berperwatakan dinamik dan berkarisma menjadikannya pilihan yang jelas.

Vieira berkata, beliau mengadakan beberapa perbincangan dengan pengarah kelab, Julien Fournier dan Presiden, Jean-Pierre Rivere.

"Apabila saya melihat skuad ini, saya sangat bersemangat, ia sangat menggalakkan, saya fikir segala-galanya di sini yang diperlukan untuk berjaya," katanya.

Bekas pemain tengah dinamik itu memulakan kerjayanya di Cannes tetapi meninggalkan kelab berkenaan untuk berpindah ke AC Milan, sebelum membina kejayaan ketika bersama Arsenal dan menjadi bintang utama Gunners selama hampir sedekad dari 1996 - 2005.

Selepas memenangi tiga gelaran Liga Perdana dan tiga Piala FA bersama Arsenal, Vieira menyertai Juventus semusim kerana kelab itu menduduki tangga teratas Serie A, tetapi kehilangan gelaran berkenaan, sebelum membantu Inter Milan muncul juara empat kali Serie A.

"Kerjaya saya sebagai pemain tidak lagi penting, ia adalah sebahagian daripada masa lalu.

“Saya tahu pengorbanan yang diperlukan untuk maju dan saya berharap pemain muda menyerlahkan bakat mereka dan saya boleh membimbing mereka,"

Disiarkan pada: June 12, 2018 @ 9:51am
d