arena

Jerman tiba di Russia

SKUAD Jerman tiba di Moscow hari ini dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Dunia dan berharap mampu segera mengenepikan kontroversi politik membabitkan Mesut Ozil dan Ilkay Gundogan.

Mereka berlepas dari Frankfurt dalam keadaan cuaca hujan dan pada masa sama mengharapkan kapten, Manuel Neuer cukup cergas selepas lapan bulan berehat akibat keretakan kaki.

Persiapan pasukan sedikit terjejas dengan kontroversi Ozil serta Gundogan apabila kedua-dua pemain berdarah Turki ini diejek peminat ketika aksi pemanas badan khas sempena pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Bintang Liga Perdana Inggeris ini bertemu Erdogan di London bulan lalu, manakala Gundogan pula menandatangi jersi Manchester Citu dengan mesej ‘kepada presiden saya’.

Penyokong Jerman mempersoalkan kesetiaan pemain ini dan mengejek ketika pertembungan persahabatan menentang Austria.

Gundogan berkata, pertemuan dengan presiden itu tidak bermotifkan politik, manakala Ozil pula menolak untuk memberi komen mengenai isu berkenaan sepanjang temasya Piala Dunia.

“Ini adalah kenyataannya, saya rasa dia akan kekal dengan pendirian itu,” kata Pengarah Pasukan, Oliver Bierhoff ketika sesi latihan kem Jerman.

“Sama ada perkara itu salah atau betul, ia perkara kedua,” tambah Bierhoff, sambil menegaskan pemainya tidak akan bertindak balas secara ‘berniat jahat;’ tetapi naif serta matang. - AFP

Disiarkan pada: June 13, 2018 @ 12:07am
d