arena

Queiroz gesa Nike minta maaf

JURULATIH Iran, Carlos Queiroz mendesak Nike supaya memohon maaf selepas pengeluar barangan sukan dari Amerika Syarikat itu gagal membekalkan kasut bola kepada pemainnya susulan sekatan yang dikenakan.

“Sekatan AS bermakna syarikat dari AS, Nike tidak dapat membekalkan kasut bola kepada pemain pasukan kebangsaan Iran buat masa ini,” kata syarikat itu menerusi kenyataan.

Queiroz yang akan mengemudi pasukannya menentang Maghribi pada aksi pembukaan Kumpulan B, Jumaat ini menyatakan kenyataan itu tidak diperlukan dan kini mereka meminta bantuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Ini sepatutnya menjadi inspirasi kepada kami. Namun secara peribadi, kenyataan terakhir daripada Nike itu tidak diperlukan. Semua orang tahu mengenai sekatan yang dikenakan.

“Mereka seharusnya meminta maaf kerana tindakan angkuh terhadap 23 pemain ini sememangnya tidak masuk akal,” katanya.

Disiarkan pada: June 13, 2018 @ 5:48pm
d