arena

City buka kempen lawan Arsenal

Oleh AFP

LONDON: Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan membuka kempen mempertahankan kejuaraan bertemu Arsenal pada 11 Ogos ini.

Perkembangan itu dinyatakan EPL yang turut mengumumkan jadual lengkap bagi saingan musim 2018-19 hari ini.

Pertembungan itu menjadi aksi pertama buat pengendali baharu Gunners, Unai Emery dalam saingan elit bola sepak Inggeris.

City berjaya menghimpun 100 mata dan menjaringkan 106 gol untuk mengatasi Manchester United dengan 19 mata sekali gus muncul juara musim lalu.

Selepas aksi bertemu Arsenal, City tidak lagi bertemu enam pasukan besar EPL hingga Oktober apabila mereka berkunjung ke Anfield bagi aksi menentang Liverpool.

Disiarkan pada: June 14, 2018 @ 9:52pm
d