arena

Ramos yakin kemampuan Heirro

Oleh AFP

SERGIO Ramos yakin ketua jurulatih Sepanyol yang baharu, Fernando Hierro, mampu memimpin mereka dengan baik untuk mengharungi perlawanan Piala Dunia 2018 pertama menentang Portugal, hari ini.

Bintang sensasi itu berkata, pemecatan jurulatih Julen Lopetegui, sebelum aksi pembukaan Piala Dunia apabila mendedahkan bakal mengemudi Real Madrid selepas kejohanan itu tamat, Rabu lalu, tidak akan memberikan sebarang impak besar kepada persiapan pasukan Sepanyol.

Pemain Sepanyol lain yang dikatakan membantah pemecatan Lopetegui dan digantikan dengan Heirro, yang pernah berkhidmat sebagai pengarah sukan dengan persatuan bola sepak juga tidak memberikan sebarang reaksi ketika sidang media Khamis lalu.

“Memang terdapat ramai lagi individu lain yang lebih layak berbanding Fernando Heirro untuk mengambil alih tugas Lopetegui,” kata ketua pasukan Sepanyol itu kepada wartawan, semalam.

“(Namun) Dia (Heirro) adalah seorang pemain yang hebat yang kami semua sangat kagumi dan dia kenal kami dengan baik.”

“Dia adalah antara seorang calon paling sempurna untuk memegang jawatan ini (ketua jurulatih Sepanyol), dan saya berharap ini akan menjadi skuad yang mempunyai cita-cita sama seperti sebelum ini dan ia tidak akan menjejaskan kami dengan cara apa sekali pun.”

Pemain pertahanan Real Madrid itu mengakui penyingkiran Lopetegui memang mengganggu pemain pada awalnya, tetapi mereka lebih berminat untuk meletakkan isu itu di belakang, sebelum perlawanan pertama mereka bermula.

Disiarkan pada: June 15, 2018 @ 1:59am
d