arena

Suarez sudah matang selepas insiden 'gigit'

Oleh AFP

LUIS Suarez akan berusaha menebus kembali kesilapan dilakukannya apabila Uruguay turun berdepan Mesir malam ini pada penampilan pertamanya di Piala Dunia selepas tidak dibenarkan meneruskan aksi bersama skuad itu pada 2014 kerana menggigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.

Penampilan penyerang penuh kontroversi Barcelona berusia 31 tahun di Russia kali ini disifatkan lebih matang oleh jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez.

Beberapa hari dan minggu akan datang adalah waktu yang tepat buat Suarez menebus kembali kesilapan itu atau mungkin bersara pada aksi Piala Dunia akan datang di Qatar.

Pada 2010 sebelum dia menjadi perhatian dunia seperti mana hari ini, Suarez diarahkan keluar padang pada waktu tambahan ketika aksi suku akhir kerana menghalang bola menggunakan tangannya yang mana perlawanan itu menyaksikan Uruguay menewaskan Ghana menerusi penentuan penalti.

Dia dikatakan sebagai penipu oleh dunia namun dianggap sebagai hero di Uruguay.

Empat tahun lalu di Brazil, dia cuba melepaskan diri dari kawalan Chiellini, namun akhirnya digantung beberapa bulan dan ia adalah kali ketiga dia menggigit lawan sepanjang kariernya.

Namun di seluruh dunia (kecuali Uruguay) Suarez sudah hampir mendapat kembali reputasinya.

Dia meninggalkan Liverpool untuk bersama Barcelona pada 2014 dengan jumlah perpindahan bernilai 81.7 juta euro (RM 376.612 juta) dan menjadi penyerang yang sering meledak gol di Nou Camp apabila menjaringkan 152 dalam 198 perlawanan di kejuaraan Sepanyol selain hampir separuh membantu rakan menjaringkan gol.

Suarez nampaknya kini semakin berbisa di lewat usianya dan menjadi begitu produktif kepada Uruguay di samping pemain Paris Saint Germain, Edinson Cavani yang dikatakan sebagai kombinasi terbaik di bahagian serangan pada Piala Dunia kali ini.

Dua pemain itu pastinya semakin tidak sabar mempamerkan aksi selepas melihat Arab Saudi mudah diratah tuan rumah 0-5 dalam aksi pembukaan semalam.

Namun Mesir dengan penyerangnya Mohamed Salah dan pengendali Uruguay, Tabarez menjangkakan Suarez sudah berubah dan menjadi lebih baik sejak kejadian memalukan pada 2014.

“Bukan satu keraguan bahawa Luis Suarez lebih matang kali ini dan ia satu percaturan yang bagus,” kata Tabarez, 71.

“Apa yang berlaku di Brazil adalah sebahagian daripada pengalaman hidup dan sudah pasti ia satu pengajaran untuk anda menjadi lebih matang bukan saja sebagai seorang pemain bola sepak tapi juga dalam kehidupan keluarganya,” katanya.

 

 

Disiarkan pada: June 15, 2018 @ 12:23pm
d