arena

Xhaka perbaharui kontrak Arsenal

Oleh Reuters

PEMAIN tengah Switzerland, Granit Xhaka menandatangani kontrak baharu untuk tempoh yang lama bersama Arsenal.

Pemain berusia 25 tahun itu menjadi tonggak utama Arsenal dalam kesemua 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lalu dan membuat 94 penampilan bersama kelab berkenaan termasuk ketika menjuarai Piala FA pada kempen pertamanya.

Dia mempunyai 61 kap bersama Switzerland dan berada dalam senarai skuad negara berkenaan untuk Piala Dunia di Russia.

Switzerland bakal membuka kempen mereka di Russia menentang juara lima kali, Brazil, awal pagi Isnin ini.

Xhaka menyertai Arsenal dari Borussia Moenchengladbach pada tahun 2016 selepas membantu kelab berada di tangga keempat Bundesliga pada musim itu dan berada di kelayakan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

“Saya gembira yang Granit menyambung kontraknya bersama kami,” kata pengurus baharu Arsenal, Unai Emery dalam laman web rasmi kelab selepas pemain berkenaan berkata yang dirinya gembira dan berbangga dengan ikatan baharu itu.

“Dia seorang pemain yang penting dalam skuad dan masih muda jadi dia mampu membangun dengan lebih baik lagi. Saya berharap dia memperoleh kejayaan di Piala Dunia bersama Switzerland dan kembali cergas untuk mengharungi musim baharu nanti.”

Disiarkan pada: June 16, 2018 @ 9:30am
d