arena

'Neymar belum pulih'

Oleh AFP

ROSTOV-ON-DON, Russia: Jurulatih Brazil, Tite berkata Neymar belum cergas sepenuhnya tetapi akan memainkan peranan apabila juara dunia lima kali itu membuka tirai saingan Piala Dunia menentang Switzerland, awal pagi Isnin ini.

Pemain termahal dunia itu menjalani pembedahan selepas mengalami patah tulang kaki pada Februari lalu dan hanya kembali bermain dalam dua aksi pemanas badan untuk Brazil seminggu sebelum kempen di Russia bermula.

“Dia belum 100 peratus sembuh ketika ini tetapi kualiiti fizikalnya cukup luar biasa terutama kepantasannya. Dia sentiasa tangkas dan kepantasannya tidak hilang tetapi dia belum pulih 100 peratus.

“Saya harap dia cergas untuk beraksi pada Ahad (awal pagi Isnin). Dalam kata lain, dia kemungkinan besar akan beraksi,” kata Tite.

Bintang Paris Saint-Germain itu menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan pemanas badan dan mengakui dia berada dalam keadaan baik.

Disiarkan pada: June 17, 2018 @ 5:22am
d