arena

Messi tak salah - Maradona

MOSCOW: Kegagalan Lionel Messi untuk menyempurnakan sepakan penalti bukanlah alasan Argentina gagal menewaskan Iceland dalam aksi Piala Dunia, kata legenda bola sepak Diego Maradona.

Sepakan penalti yang diambil Messi berjaya dihalang penjaga gol Hannes Por Halldorsson selepas Alfred Finnbogason menyamakan kedudukan hasil jaringan Sergio Aguero pada minit ke-19.

“Saya tidak menyalahkan pemain,” kata Maradona. “Saya mungkin menyalahkan kekurangan usaha.

“Tetapi saya tidak menyalahkan pemain, tidak kurang juga Messi yang memberikan apa yang dimilikinya.

“Saya terlepas lima sepakan penalti sebelum ini dan saya masih Diego Armando Maradona.

“Saya tidak fikir mereka tercicir dua mata kerana Messi gagal menyempurnakan sepakan penalti.”

Argentina dijadual menentang Croatia pada Khamis ini sebelum melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan bertemu Nigeria, minggu depan. - REUTERS

Disiarkan pada: June 18, 2018 @ 3:37pm
d