arena

Suarez harap tuah angka 100

Oleh AFP

NIZHNIY NOVGOROD, Russia: Buat seorang pemain yang sering menjadi tajuk utama akhbar, sudah tentunya wajar untuk Luiz Suarez membuat penampilan ke-100 bersama Uruguay di Piala Dunia.

Penyerang Barcelona itu tidak begitu menyerlah namun akan membuat kemunculan bersama Celester apabila Uruguay dijadual bertemu Arab Saudi di Rostov-on-Don dalam aksi kedua Kumpulan A, esok.

Perlawanan itu seharusnya tidak meninggalkan masalah dan mungkin menjamin Uruguay untuk mara ke pusingan kalah mati manakala penyokong Suarez sedar tidak ada yang istimewa bakal berlaku nanti.

Dua edisi Piala Dunia sebelum ini menyaksikan Suarez terkeluar dengan penuh keaiban.

Pada tahun 2010, penyerang itu diarah keluar padang selepas ‘menyelamatkan’ pasukan pada saat akhir ketika menentang Ghana sekali gus membantu mereka daripada kekalahan dan mara ke pusingan empat terbaik.

Insiden berkenaan menjadi begitu tular sehingga memiliki entri di Wikipedia - Suarez dalam pada itu menggambarkan yang ia sebagai aksi terbaik kejohanan - namun ia bukanlah sesuatu yang berulang empat tahun kemudiannya.

Pada tahun 2014, dia digantung daripada semua aktiviti bola sepak selama empat bulan selain didenda selepas menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini - insiden gigitan ketiga dilakukan dalam kariernya.

Pemain Uruguay mengkritik cara Suarez dilayan pihak berwajib bola sepak namun aduan mereka itu tidak begitu menerima simpati daripada negara luar.

Biarpun Suarez sering menjadi topik kontroversi, pemain berusia 31 tahun itu mempunyai rekod sebagai penjaring terbanyak Uruguay, meledak 51 kali dalam 99 perlawanan.

Lima daripadanya dihasilkan di Piala Dunia dan biarpun berdepan permulaan hambar ketika menang 1-0 ke atas Mesir, perlawanan menentang Arab Saudi nanti mungkin menghidangkan peluang untuknya meraikan penampilan ke-100 dengan penuh gaya.

Uruguay mungkin melakukan pertukaran dalam barisan tengah, membawa masuk Carlos Sanchez dan Cristian Rodriguez untuk membantu Nahitan Nandez dan Giorgian De Arrascaeta.

Arab Saudi masih sedang bergembira dengan kekalahan 0-5 di tangan tuan rumah Russia dan mungkin melakukan perubahan menyeluruh dalam usaha untuk terus kekal  di temasya berkenaan.

Disiarkan pada: June 19, 2018 @ 2:22pm
d